Penubuhan Srikandi

PERTUBUHAN KEBAJIKAN INSANIAH SRIKANDI MALAYSIA (SRIKANDI) telah ditubuhkan secara rasminya pada 19 March 2012. dan Pertubuhan ini juga telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966, dengan Nombor Pendaftarannya iaitu PPM-014-10-19032012.

SRIKANDI merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kini beroperasi dan berpusat di alamat ; No.17 Jalan Rozario, Brickfield 50470 Kuala Lumpur. Jawatankuasa Pertubuhan dalam perancangan untuk menempatkan lebih banyak lagi pusat operasi bagi setiap negeri dan daerah.

Dibawah pengendalian Pengasas dan Presiden Norashikin Abdul Ghani,pelbagai kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan telah di atur dalam usaha memperkasakan lagi identiti SRIKANDI.

 

Majlis Perasmian

 

Pada 13 Jun 2012, secara rasminya Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, dalam majlis yang gilang gemilang disaksikan lebih 3 ribu hadirin yang terdiri dari menteri, tetamu kehormat, kenamaan (VIP) dan tetamu jemputan dari setiap negeri.

Selainnya, pada hari tersebut juga PKIS menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang wakil ibu tunggal , pelajar tahfiz dan mereka yang memerlukan.

Kehadiran dan sambutan yang sangat mengalakkan daripada wakil-wakil NGO melayu islam seluruh Malaysia, menjadikan Majlis Perasmian Pertubuhan Kebajikan Insaniah sebuah majlis yang cukup gilang gemilang pada malam itu.

VVIP yang hadir menyerikan majlis diantaranya Penasihat Kehormat SRIKANDI iaitu YB Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan;Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Biro Agama SRIKANDI, Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim;Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,YB Datuk Seri Wira Ali Rustam,Ketua Menteri Melaka,Y.B Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Ybhg. Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir Yang Di Pertua YADIM dan barisan pemimpin

Satu permulaan bagi sebuah perjalanan yang panjang dalam merealisasikan Objektif,Misi dan Visi Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi. Banyak juga berita berkaitan Majlis ini terpapar di dada akhbar media cetak mahupun elektronik. SYABAS Srikandi !.

Pada hari tersebut, YBhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur juga dikalungkan selempang Srikandi oleh Presiden PKIS sendiri iaitu Norashikin Abdul Ghani. Antara acara simbolik, dengan menandatangani potret beliau dan menerima cenderamata daripada PKIS (Srikandi).

 


TUJUAN UTAMA PENUBUHAN SRIKANDI

Tujuan utama penubuhan SRIKANDI adalah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan yang berlandaskan nilai-nilai murni dan berteraskan Prinsip dakwah dan tarbiyah sebagai teras utama pergerakan pertubuhan dalam membantu mereka yang memerlukan.

SRIKANDI juga berperanan dalam menangani isu-isu semasa melalui cara yang lebih bersahaja dan sederhana bertepatan dengan realiti kehidupan masyarakat setempat.

SRIKANDI turut menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk memberi kebaikan dan faedah kepada ahli khasnya dan masyarakat melayu islam, amnya.